APA ITU DADAH ?
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk
tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang. Bahan-bahan
ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal serta
tolerans yang meningkat. Penggunaan dadah mengakibatkan kesan
buruk kepada kesihatan, diri, keluarga dan masyarakat. (takrif ini
tidak meliputi alkohol, tembakau dan bahan inhalan)
tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang. Bahan-bahan
ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal serta
tolerans yang meningkat. Penggunaan dadah mengakibatkan kesan
buruk kepada kesihatan, diri, keluarga dan masyarakat. (takrif ini
tidak meliputi alkohol, tembakau dan bahan inhalan)
JENIS-JENIS DADAH
belum diproses.
Candu Masak-Candu mentah yang telah diproses dan sedia untuk digunakan.
Morfin-Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada candu. Larutan morfin
digunakan dengan cara suntikan intravena untuk mendatangkan
kesan euforia.
Heroin-Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada morfin melalui proses
kimia. Cara penggunaan yang popular ialah menghisap, menyuntik
atau menghidu bagi mendatangkan kesan euforia.
Syabu
-Syabu atau nama saintifiknya methamphetamine hydrochloride
merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan.
Ianya berbentuk pecahan kaca atau seperti tawas. Syabu yang paling
berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan yang berwarna putih
kemerahan dan yang paling rendah kualitinya pula mempunyai rasa
yang pahit.
Bahan Psikotropik
-Bahan daripada jenis depresen, stimulan dan halusinogen.
Kanabis
-Sebarang tumbuhan yang tergolong dalam Genus Cannabis atau
mana-mana bahagian daripadanya dan digunakan sebagai dadah.
Stimulan
-Sebarang ubat/dadah yang merangsangkan aktiviti sistem saraf
pusat.
Ecstasy
-Adalah sejenis dadah perangsang jenis amphetamine. Dadah
berbahaya ini boleh merosakkan otak (gila) dan organ-organ utama
dalam badan.
Halusinogen
-Bahan kimia yang mendatangkan kesan kepada keadaan mental
seseorang sehingga menimbulkan halusinasi dan pencerapan deria
yang tidak normal.
Rujukan :Maklumat dadah 2010 (Agensi Dadah Malaysia)